Alamak!!!
Julai 9 2013, tarikh terakhir aku blogging. Mana aku menghilangkan diri ya?
Ya Rabb, 4 tahun sudah. Aku rasa baru semalam aku blogging.
Terima aje lah hakikatnya yang diri semakin tua dan semakin banyak mengumpul dosa. 4 tahun terlalu banyak mencatat sukaduka kehidupan. Anak2 aku dah menjadi orang muda, dan aku?.. orang tua?... ehhhh ehhhh dalam hati aku tak pernah melebihi 35 tahun tauuuuu. Ahaaa ahaaa haaaaaa
Mulai hari ini, aku akan cuba lagi aktif berblogging. Aku tak mau blogging pasal politik, sebab politik ni is a game of kill or to be killed. Ya dok?
Cerita2 besar dalam 4 tahun ini.
Aku kehilangan bunda tercinta 19 Ogos 2013
Aku kehilangan ayahanda tersayang 18 Februari 2014
Perceraian aku... nak tarikh jugak?.. ish3 tak payah lah... :)
Pertarungan nyawa kekandaku Emi dengan Klatskin Tumor ( kanser saluran hempedu) bermula 28 Mei 2016
Perselisihan
Pertengkaran
Gelak
Tangis
Duka nestapa
Ria bahagia
Semuanya terkumpul dalam 4 tahun aku menyembunyikan diri.
Terima kasih Ya Rabb, sehingga ke tarikh ini, aku masih lagi merasai mesranya ciuman mentari pagi di pipiku. Alhamdulillah
ES Amor
15 Mei 2K17