Saturday, July 4, 2020

Aku noktahkan disini.

Maafkan aku. Jika bukan kerana amanat2mu semasa kita selalu bersama dan bercerita tentang satu kehidupan sewaktu masih tersisa denyut2 nadi kita... sesungguhnya tidak inginlah aku. Banyak cerita yang aku tau darimu tersemat didada. Biarlah aku sahaja yang tau.

Segala2 yang jahat dan buruk itu sekarang adalah milik aku dimata mereka. Melihat kelibatku amat menyakitkan hati dan mata kata yang satu. Jangan berbaik dgn aku dan anak2ku kerana keluargaku keluarga yang jahat kata yang satu lagi. Jangan nak menyibuk sedangkan rumahtanggaku sendiri tak sempurna kata yang lain. Tertulislah diminda orang luar yang aku adalah seorang yang kurang siuman mindanya kerana begitulah aku digambarkan oleh yang satunya.

Aku telan jua walaupun pahit tak terkata.. aku terima seadanya, aku dan anak2ku yg jahat. Anak2ku tercacat cela segalanya. Anak2ku tidak pintar seperti mereka semuanya. Keluargaku adalah keluarga yang jahill tentang ilmu dan agama. Anak2ku yg gedik segala.. anak2ku yang tidak akan berjaya. Akulah ibu yang membiarkan segala kejahatan dan kejahilan bermaharajalela .. aduhai hati... bertabahlah. Pendek kata segalanya justeru aku dilabelkan sebegitu. Alhamdulillah.

Sekali lagi maafkan aku. Usiaku pun lelah melalui denai waktu. Aku letakkan noktahnya disini.. bukan kerana aku sakit hati atau merajuk.. jika ada  sebentar sahaja..tapi aku ingin membaiki kepincangan seperti kata mereka. Aku ingin musahabah diri bukan untuk menandingi. Tidak termampu aku kerana mereka semua adalah yang terbaik segala2nya.

Maafkan aku.
Segala yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu semuanya dari diri ini.
~emasoleil~
  Amorland
July 4 2020
        🤕