Monday, October 20, 2008

Terkadangnya

Terkadangnya hidup ini amat aneh dan susah difahami. Terkadangnya mengapa terlalu susah bagi sekeping hati untuk memahami bahawa di dunia ini terlalu ramai manusia binatang yang terlalu bahagia dalam melukai hati insan lain. Terkadangnya aku memikirkan apakah dosa aku kepada insan lain yang serasanya tidak pernah aku lukai. Terkadangnya dalam kehidupan ini kita tersalah pilih. Terkadangnya kita akan ditinggalkan sendirian dengan pemikiran kita sendiri. Terkadangnya kita akan tewas dalam meladeni hati sendiri. Terkadangnya kita rasakan perjalanan ini terasa amat menyedihkan...terkadangnya kita rasakan kita ingin saja mati....

Friday, October 10, 2008

sakit perut

Hari ni, boy tak skolah sebab demam dari semalam, berjangkit dengan aku agaknya, kelenjar kat rahang tu bengkak macam aku gak...sian dia. Kakak jer yang g skolah. Aku lak kebah demam, pening kepala dan sakit perut, apa yang aku makan pun aku tak tahu, sebab aku ni bukannya jenis yang makan banyak..entahlah, sign of aging kot..hihihi...

Petang boy nampaknya segar sikit, suruh melompat, ok je nampaknya...walaupun segar, tak gi tuition..kakak je yang gi. Malam anak nak makan KFC, erm, selamat aku masak...nak tulis panjangpun takde citer best..tunggu cik wan citer pasal bf dia tengku c...hehehe

Tuesday, October 7, 2008

Ermmmm Lemang Ketupat dan Rendang

Rasanya 10 hari aku tak menjenguk blog aku, beraya sakan katakan. Biasala raya, anak2 paling sronok menyambut eidilfitri ini, bukan apa, membilang duit raya. Ada kalanya marah gak aku ngan anak aku terutamanya boy tu...ish ish ish mulut dia, mentang2 la tahi lalat atas bibir, macam2 kuar dari mulut dia. Yang nak marah tu bila dapat satu ringgit "laaaaaaa, seringgit aje?" katanya...mau aku cili mulut comel tu, tapi teringatkan mati idup semula melahirkan dia, tak jadi nak cili ( lagipun masa beraya mana ada bawak cili dlm handbag hihihi)

Aku ni bukanlah pemakan daging dan pulut2 nihdan bukan juga peminum air sejuk2 dan manis2, tapi tahun ni dari satu hari raya, aku tak henti makan lemang, ketupat dan rendang dan minum ais (panas cuaca). Entah kenapa tahun ni semua lemang dan ketupat di rumah yang aku gi, lembut dan lemak, jarang yang keras, apa lagi la aku....

Tiap tahun lepas solat raya, ziarah kubur. Tahun ni aku tak sempat ziarah kubur mama dan papa, papaku...sebab masuk kete nak gi, orang datang, masuk kete nak gi , orang datang..so miss la. Tapi raya kedua aku gi la tahlil kat kubur mama mamaku....seluruh kampung sebab dia org organise buat satu hari bagi semua penduduk kg...best la...itula...dalam kegembiraan tu, kita mesti ingatkan juga pasal kematian....terkedu memikirkan bagaimanakan mereka di alam kubur itu sendirian, terang ke atau gelita, sakit ke atau bahagia.....busuk ke atau wangi giler....semuanya bergantung pada apa yang kita buat di alam fana ini. Justeru itu kita mesti beringat, dan mengingati kematian itu wajib kerana setiap yang hidup akan mati.

Raya ketiga, lepas jalan2 cari more makan, tiba2 petangnya aku rasakan yang mata aku mulai panas, tekak aku perit dan badan ku seram sejuk...ahhhhhhh apa lagi, demam dah datang menziarahi tubuh aku yang terlampau sangat makan tak ingat apa lagi, maka kata orang tua, ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut aku??? demam lah...hingga aku membebel ni aku masih makan ubat, dah 4 hari, tapi rasanya badan dah ok dah...bengkak kelenjar di leher dah tak rasa sakitnya bila sujud....tekak dan orait menelan....dari raya ke empat aku pencen makan....pencen air batu

Aku rasa citer aku ni, bukan aku je yang kena, sebab bila aku gi klinik hari ketiga, mak datuk, penuhnya klinikkkkk.....itulah penangan lemang ketupat dan rendang tambah air batu....lain kali aku kenalah beringat sebab aku tak pernah demam masa raya...dah tua agaknya, lupaaa....

Marijin (Marigin)

Marijin (i)

Marijin
lembut nafasmu mengingatkan aku peri klasik
jari da vinci menarikan senyum mona lisa di kanvas
menceritakan kedamaian dan kemesraan

dalam kesepian ini
kuhirup puas nafasmu yang segar
mencumbuimu sepanjang malam hingga aku jatuh tersungkur keletihan
dan kau masih menggoda
biar kucumbuimu sekali lagi
dalam serpihan malam yang masih tinggal
esok aku akan mengembara
o marijin



Marijin (ii)

Dalam keresahan ini
kugenggam namamu dalam ketulan cahaya
yang terpantul di dinding

igauan menelanjangi ruang
mengocak kepingan arca yang tersentuh
pada bibir kolam

geliat manja menyambut igauan tamu
menjilat lidah
o marijin


Marijin (iii)

Katakanlah aku seekor burung
biarkan bebas terbang melayang
seperti helang diburu
kerana itu mahuku

di sini dipuncak mimpi
mari kubisikkan
aku cinta padamu
o marijin


(puisi puisi buatku dari pena Azmi Kadir)