Marijin (i)
Marijin
lembut nafasmu mengingatkan aku peri klasik
jari da vinci menarikan senyum mona lisa di kanvas
menceritakan kedamaian dan kemesraan
dalam kesepian ini
kuhirup puas nafasmu yang segar
mencumbuimu sepanjang malam hingga aku jatuh tersungkur keletihan
dan kau masih menggoda
biar kucumbuimu sekali lagi
dalam serpihan malam yang masih tinggal
esok aku akan mengembara
o marijin
Marijin (ii)
Dalam keresahan ini
kugenggam namamu dalam ketulan cahaya
yang terpantul di dinding
igauan menelanjangi ruang
mengocak kepingan arca yang tersentuh
pada bibir kolam
geliat manja menyambut igauan tamu
menjilat lidah
o marijin
Marijin (iii)
Katakanlah aku seekor burung
biarkan bebas terbang melayang
seperti helang diburu
kerana itu mahuku
di sini dipuncak mimpi
mari kubisikkan
aku cinta padamu
o marijin
(puisi puisi buatku dari pena Azmi Kadir)
1 comment:
aduhai aduhai aduhai, best nye ada orang tulis puisi kat u, kalau i dapat cam tu, hmmmmmmm bertuah badan rasanye, mana gi penulis puisi tu?
Post a Comment