Saturday, July 4, 2020

Aku noktahkan disini.

Maafkan aku. Jika bukan kerana amanat2mu semasa kita selalu bersama dan bercerita tentang satu kehidupan sewaktu masih tersisa denyut2 nadi kita... sesungguhnya tidak inginlah aku. Banyak cerita yang aku tau darimu tersemat didada. Biarlah aku sahaja yang tau.

Segala2 yang jahat dan buruk itu sekarang adalah milik aku dimata mereka. Melihat kelibatku amat menyakitkan hati dan mata kata yang satu. Jangan berbaik dgn aku dan anak2ku kerana keluargaku keluarga yang jahat kata yang satu lagi. Jangan nak menyibuk sedangkan rumahtanggaku sendiri tak sempurna kata yang lain. Tertulislah diminda orang luar yang aku adalah seorang yang kurang siuman mindanya kerana begitulah aku digambarkan oleh yang satunya.

Aku telan jua walaupun pahit tak terkata.. aku terima seadanya, aku dan anak2ku yg jahat. Anak2ku tercacat cela segalanya. Anak2ku tidak pintar seperti mereka semuanya. Keluargaku adalah keluarga yang jahill tentang ilmu dan agama. Anak2ku yg gedik segala.. anak2ku yang tidak akan berjaya. Akulah ibu yang membiarkan segala kejahatan dan kejahilan bermaharajalela .. aduhai hati... bertabahlah. Pendek kata segalanya justeru aku dilabelkan sebegitu. Alhamdulillah.

Sekali lagi maafkan aku. Usiaku pun lelah melalui denai waktu. Aku letakkan noktahnya disini.. bukan kerana aku sakit hati atau merajuk.. jika ada  sebentar sahaja..tapi aku ingin membaiki kepincangan seperti kata mereka. Aku ingin musahabah diri bukan untuk menandingi. Tidak termampu aku kerana mereka semua adalah yang terbaik segala2nya.

Maafkan aku.
Segala yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu semuanya dari diri ini.
~emasoleil~
  Amorland
July 4 2020
        🤕

Monday, May 15, 2017




Alamak!!!

Julai 9 2013, tarikh terakhir aku blogging. Mana aku menghilangkan diri ya?
Ya Rabb, 4 tahun sudah. Aku rasa baru semalam aku blogging.

Terima aje lah hakikatnya yang diri semakin tua dan semakin banyak mengumpul dosa. 4 tahun terlalu banyak mencatat sukaduka kehidupan. Anak2 aku dah menjadi orang muda, dan aku?.. orang tua?... ehhhh ehhhh dalam hati aku tak pernah melebihi 35 tahun tauuuuu. Ahaaa ahaaa haaaaaa

Mulai hari ini, aku akan cuba lagi aktif berblogging. Aku tak mau blogging pasal politik, sebab politik ni is a game of kill or to be killed. Ya dok?

Cerita2 besar dalam 4 tahun ini.

Aku kehilangan bunda tercinta 19 Ogos 2013 
Aku kehilangan ayahanda tersayang 18 Februari 2014
Perceraian aku... nak tarikh jugak?.. ish3 tak payah lah... :)
Pertarungan nyawa kekandaku Emi dengan Klatskin Tumor ( kanser saluran hempedu) bermula 28 Mei 2016
Perselisihan
Pertengkaran
Gelak
Tangis
Duka nestapa
Ria bahagia

Semuanya terkumpul dalam 4 tahun aku menyembunyikan diri.

Terima kasih Ya Rabb, sehingga ke tarikh ini, aku masih lagi merasai mesranya ciuman mentari pagi di pipiku. Alhamdulillah



ES Amor
15 Mei 2K17

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadan dariku

Sore nanti aku datang lagi mengetuk pintu kehidupan kalian...sambutlah aku dengan penuh kesyukuran kerana kalian diizinkanNya menerima kedatanganku lagi....hadiah yang aku bawa bersama tidak ternilaikan oleh segala harta duniamu...dakaplah aku erat sehingga menusuk kejiwamu...nikmatilah kehadiran hangatku yang dengan izinNya akan membuahkan kebahagiaan yang terlalu manis.... aku datang hanya sekali dalam setahun...rangkullah aku dan tambatkan aku di jasad dan rohmu kerana aku adalah anugerah Nya buat kalian...

Tiada yang dapat menandingi kehebatan aku...ingatlah..
Permulaanku adalah RAHMAT, Petengahanku adalah PENGAMPUNAN dan Pengakhiranku adalah PEMBEBASAN

Tuesday, July 17, 2012

Jangan Begini

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..

:: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
:: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "

TETAPI...

♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... "

♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia

Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...

Al Waqiah

56. Surah Al-Waqi'ah (The Event)

In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful 1. When the Event (i.e. the Day of Resurrection) befalls. 2. And there can be no denying of its befalling. 3. It will bring low (some); (and others) it will exalt; 4. When the earth will be shaken with a terrible shake. 5. And the mountains will be powdered to dust. 6. So that they will become floating dust particles. 7. And you (all) will be in three kinds (i.e. separate groups). 8. So those on the Right Hand (i.e. those who will be given their Records in their right hands), Who will be those on the Right Hand? (As a respect for them, because they will enter Paradise). 9. And those on the Left Hand (i.e. those who will be given their Record in their left hands), Who will be those on the Left Hand? (As a disgrace for them, because they will enter Hell). 10. And those foremost [(in Isl�mic Faith of Monotheism and in performing righteous deeds) in the life of this world on the very first call for to embrace Isl�m,] will be foremost (in Paradise). 11. These will be those nearest to All�h. 12. In the Gardens of delight (Paradise). 13. A multitude of those (foremost) will be from the first generations (who embraced Isl�m). 14. And a few of those (foremost) will be from the later time (generations). 15. (They will be) on thrones woven with gold and precious stones, 16. Reclining thereon, face to face. 17. They will be served by immortal boys, 18. With cups, and jugs, and a glass from the flowing wine, 19. Wherefrom they will get neither any aching of the head, nor any intoxication. 20. And fruit; that they may choose. 21. And the flesh of fowls that they desire. 22. And (there will be) Houris (fair females) with wide, lovely eyes (as wives for the pious), 23. Like unto preserved pearls. 24. A reward for what they used to do. 25. No Laghw (dirty, false, evil vain talk) will they hear therein, nor any sinful speech (like backbiting, etc.). 26. But only the saying of: Sal�m!, Sal�m! (greetings with peace) ! 27. And those on the Right Hand, � Who will be those on the Right Hand? 28. (They will be) among thornless lote-trees, 29. Among Talh (banana-trees) with fruits piled one above another, 30. In shade long-extended, 31. By water flowing constantly, 32. And fruit in plenty, 33. Whose season is not limited, and their supply will not be cut off, 34. And on couches or thrones, raised high. 35. Verily, We have created them (maidens) of special creation. 36. And made them virgins. 37. Loving (their husbands only), equal in age. 38. For those on the Right Hand. 39. A multitude of those (on the Right Hand) will be from the first generation (who embraced Isl�m). 40. And a multitude of those (on the Right Hand) will be from the later times (generations). 41. And those on the Left Hand Who will be those on the Left Hand? 42. In fierce hot wind and boiling water, 43. And shadow of black smoke, 44. (That shadow) neither cool, nor (even) good, 45. Verily, before that, they indulged in luxury, 46. And were persisting in great sin (joining partners in worship along with All�h, committing murders and other crimes, etc.) 47. And they used to say: "When we die and become dust and bones, shall we then indeed be resurrected? 48. "And also our forefathers?"

Monday, July 16, 2012

Birunya Langit dan Hijaunya Bumi

menghadirkan diri dikeramaian itu memberikan aku ruang dan waktu melihat keletah insani...tidak terleraikan dari genggaman antara kuasa dan harta bagi sebahagian dan sebahagiannya lagi mengejar glamour antara sendiri...ahhh indahnya hijau bukit bukau antara pohonan getah yang aku kagumi dan syukuri kerna menyejukkan pandangan mata hitamku yang telah menjadi kelabu kerana silau gelagat insan ciptaan Illahi...apalah yang ada pada sekulumit kilau yang mereka terlalu dambakan...hingga menjadikan sakit mata pada yang lain....mungkin saja-saja antara aku dia dan mereka, perjalanan kesana jauh berbeda, bagaikan langit yang biru dan bumi yang hijau ...

fananya dunia dalam menuju jalan yang satu...

soleil

Saturday, July 7, 2012

Buatmu Teman



kerana mungkin perasaan perasaan diantara kita berbeza-beza, ibarat dua garisan yang tidak selari, dan kehadiran anugerah ini merupakan satu pembaharuan di dalam hidup kita, bersama perasaan kita sendiri sendiri menilaikannya, malahan kadangkala...perasaan perasaan kita itu umpama sekelompok buih didada air, bilamana ombak dan gelombang meninggi, maka meninggilah ia, dan bila mana ombak dan gelombang itu menurun, maka menurunlah ia, tetapi janganlah membiarkan ombak dan gelombang itu mengganas tinggi dan pecah berselerakkan, kelak diri kita berkecai bagaikan sekelompok buih yang hancur dikaki gelombang pantai, andainya kita hanyut biarlah ke kuala dan andainya kita terbelat biarlah dihujung air...

soleil