Monday, July 16, 2012

Birunya Langit dan Hijaunya Bumi

menghadirkan diri dikeramaian itu memberikan aku ruang dan waktu melihat keletah insani...tidak terleraikan dari genggaman antara kuasa dan harta bagi sebahagian dan sebahagiannya lagi mengejar glamour antara sendiri...ahhh indahnya hijau bukit bukau antara pohonan getah yang aku kagumi dan syukuri kerna menyejukkan pandangan mata hitamku yang telah menjadi kelabu kerana silau gelagat insan ciptaan Illahi...apalah yang ada pada sekulumit kilau yang mereka terlalu dambakan...hingga menjadikan sakit mata pada yang lain....mungkin saja-saja antara aku dia dan mereka, perjalanan kesana jauh berbeda, bagaikan langit yang biru dan bumi yang hijau ...

fananya dunia dalam menuju jalan yang satu...

soleil

No comments: