Setelah melampaui semua sempadan kelukaan
aku pasti bisa menahan kesakitan
walaupun parah berdarah
dengan kekuatan seorang bernama perempuan
pelangi itu akan kugapai
bila ianya menjelma
dan hilangnya akan kucari
sehingga kutemui
kerana aku tahu
pelangi itu tercipta
antara gerimis dan bahang suria
antara bahagia dan airmata
bara itu akan ku genggam
menjadi permata
kerikil itu akan kusulam
menjadi bahtera
tsunami dan gempa
kuadun menjadi satu
satu ranjang peraduanku
percayalah
Soleil
No comments:
Post a Comment