Saturday, July 4, 2020
Aku noktahkan disini.
Segala2 yang jahat dan buruk itu sekarang adalah milik aku dimata mereka. Melihat kelibatku amat menyakitkan hati dan mata kata yang satu. Jangan berbaik dgn aku dan anak2ku kerana keluargaku keluarga yang jahat kata yang satu lagi. Jangan nak menyibuk sedangkan rumahtanggaku sendiri tak sempurna kata yang lain. Tertulislah diminda orang luar yang aku adalah seorang yang kurang siuman mindanya kerana begitulah aku digambarkan oleh yang satunya.
Aku telan jua walaupun pahit tak terkata.. aku terima seadanya, aku dan anak2ku yg jahat. Anak2ku tercacat cela segalanya. Anak2ku tidak pintar seperti mereka semuanya. Keluargaku adalah keluarga yang jahill tentang ilmu dan agama. Anak2ku yg gedik segala.. anak2ku yang tidak akan berjaya. Akulah ibu yang membiarkan segala kejahatan dan kejahilan bermaharajalela .. aduhai hati... bertabahlah. Pendek kata segalanya justeru aku dilabelkan sebegitu. Alhamdulillah.
Sekali lagi maafkan aku. Usiaku pun lelah melalui denai waktu. Aku letakkan noktahnya disini.. bukan kerana aku sakit hati atau merajuk.. jika ada sebentar sahaja..tapi aku ingin membaiki kepincangan seperti kata mereka. Aku ingin musahabah diri bukan untuk menandingi. Tidak termampu aku kerana mereka semua adalah yang terbaik segala2nya.
Maafkan aku.
Segala yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu semuanya dari diri ini.
~emasoleil~
Amorland
July 4 2020
🤕
Monday, May 15, 2017
Tuesday, July 9, 2013
Salam Ramadan dariku
Tuesday, July 17, 2012
Jangan Begini
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..
:: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
:: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "
TETAPI...
♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... "
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... "
♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...
♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...
#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia
Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...
Al Waqiah
In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful 1. When the Event (i.e. the Day of Resurrection) befalls. 2. And there can be no denying of its befalling. 3. It will bring low (some); (and others) it will exalt; 4. When the earth will be shaken with a terrible shake. 5. And the mountains will be powdered to dust. 6. So that they will become floating dust particles. 7. And you (all) will be in three kinds (i.e. separate groups). 8. So those on the Right Hand (i.e. those who will be given their Records in their right hands), Who will be those on the Right Hand? (As a respect for them, because they will enter Paradise). 9. And those on the Left Hand (i.e. those who will be given their Record in their left hands), Who will be those on the Left Hand? (As a disgrace for them, because they will enter Hell). 10. And those foremost [(in Isl�mic Faith of Monotheism and in performing righteous deeds) in the life of this world on the very first call for to embrace Isl�m,] will be foremost (in Paradise). 11. These will be those nearest to All�h. 12. In the Gardens of delight (Paradise). 13. A multitude of those (foremost) will be from the first generations (who embraced Isl�m). 14. And a few of those (foremost) will be from the later time (generations). 15. (They will be) on thrones woven with gold and precious stones, 16. Reclining thereon, face to face. 17. They will be served by immortal boys, 18. With cups, and jugs, and a glass from the flowing wine, 19. Wherefrom they will get neither any aching of the head, nor any intoxication. 20. And fruit; that they may choose. 21. And the flesh of fowls that they desire. 22. And (there will be) Houris (fair females) with wide, lovely eyes (as wives for the pious), 23. Like unto preserved pearls. 24. A reward for what they used to do. 25. No Laghw (dirty, false, evil vain talk) will they hear therein, nor any sinful speech (like backbiting, etc.). 26. But only the saying of: Sal�m!, Sal�m! (greetings with peace) ! 27. And those on the Right Hand, � Who will be those on the Right Hand? 28. (They will be) among thornless lote-trees, 29. Among Talh (banana-trees) with fruits piled one above another, 30. In shade long-extended, 31. By water flowing constantly, 32. And fruit in plenty, 33. Whose season is not limited, and their supply will not be cut off, 34. And on couches or thrones, raised high. 35. Verily, We have created them (maidens) of special creation. 36. And made them virgins. 37. Loving (their husbands only), equal in age. 38. For those on the Right Hand. 39. A multitude of those (on the Right Hand) will be from the first generation (who embraced Isl�m). 40. And a multitude of those (on the Right Hand) will be from the later times (generations). 41. And those on the Left Hand Who will be those on the Left Hand? 42. In fierce hot wind and boiling water, 43. And shadow of black smoke, 44. (That shadow) neither cool, nor (even) good, 45. Verily, before that, they indulged in luxury, 46. And were persisting in great sin (joining partners in worship along with All�h, committing murders and other crimes, etc.) 47. And they used to say: "When we die and become dust and bones, shall we then indeed be resurrected? 48. "And also our forefathers?"
Monday, July 16, 2012
Birunya Langit dan Hijaunya Bumi
Saturday, July 7, 2012
Buatmu Teman
kerana mungkin perasaan perasaan diantara kita berbeza-beza, ibarat dua garisan yang tidak selari, dan kehadiran anugerah ini merupakan satu pembaharuan di dalam hidup kita, bersama perasaan kita sendiri sendiri menilaikannya, malahan kadangkala...perasaan perasaan kita itu umpama sekelompok buih didada air, bilamana ombak dan gelombang meninggi, maka meninggilah ia, dan bila mana ombak dan gelombang itu menurun, maka menurunlah ia, tetapi janganlah membiarkan ombak dan gelombang itu mengganas tinggi dan pecah berselerakkan, kelak diri kita berkecai bagaikan sekelompok buih yang hancur dikaki gelombang pantai, andainya kita hanyut biarlah ke kuala dan andainya kita terbelat biarlah dihujung air...
soleil
Monday, December 19, 2011
Sayang
Saturday, December 17, 2011
Hujan Malam

terjaga dari lena tidur
Tuesday, December 13, 2011
Terimakasih

Terimakasih kerana bertandang, memberikan cahaya pada rembulan yang pucat, memberikan terang pada malam yang kelam. Terkadangnya kita tidak pernah meneliti dan jauh sekali untuk memahami, betapa sebuah senyum ikhlas yang dilemparkan kepada seseorang, memberikan seribu makna yang berbeda, melakar sebuah harap yang telus dan memadu satu doa yang kudus.
Sunday, December 11, 2011
dalam diam dan payah

Hidup yang tak pernah menjanjikan apa-apa...kitalah manusia yang seringkali berjanji dan menodainya. Amat payah mengambil satu keputusan, namun keputusan itu mesti diambil jua, dimanakah akan kugapai kekuatan, dimanakah akan ku genggam keberanian, diamanakah penghujungnya keperitan, dimanakah berakhirnya kerinduan, dimanakah noktah baru buat memulakan satu lagi perjalanan.
Saturday, November 26, 2011
Neraka Berkaca

Apalah ertinya kehidupan jika ianya tidak menggembirakan kita. Hidup yang senantiasa dibayangi luka dan duka. Namun tidak sekali-kali aku salahkan takdir dalam percaturan ini, jalan yang berliku ini telah dihamparkan buat aku lalui , maka aku lalui dengan sejuta kepayahan dalam derasnya airmata.
Thursday, November 24, 2011
SMILE
mampukah lagi
Thursday, September 22, 2011
Akulah Itu
akulah yang berdiri memerhati
dari sudut yang kelam dalam dinihari
menguntai biji-biji mutiara airmata sepi
menghitung detik yang berlalu pergi
kudrat tidak lagi aku punya
segalanya tercalar dalam nestapa
langsung biarkanlah aku terus berbicara
dalam diam tanpa suara
dalam senyum yang melindungi hujan derita
kerana bagi kalian yang mengerti
tidak sukar
untuk kita berbicara dari hati ke hati
emasoleil 0041
kuala semantan 2209
Copyright © ES2011
All Rights Reserved
Monday, July 4, 2011
Haiku: Hujan Lebat
Sunday, June 26, 2011
Haiku: Kuta
Sunday, June 5, 2011
Walau Panjang Lenaku
walau panjang lenaku
namun mimpi tak jua bertamu
baru terasa
betapa tawar dan hambar
hari-hari yang telah ku lalui
asyik cuba menuai mimpi
yang entah kemana pergi
walau panjang lenaku
tak terasa malam-malam kelam
tenggelam dek muramnya rembulan
aku masih menggamit angin
menganyamnya menjadi selimut
agar dinginnya tidak menusuk
dan aku bisa menyambung lenaku
dengan harap
mimpi itu nanti
akan bertamu lagi
soleil
kuala semantan 2810
Copyright © ES2010
All Rights Reserved...
Saturday, December 18, 2010
Ya Allah Tuhan Yang Maha Besar Lagi Maha Pengaseh
Ya Allah, sebagai hambaMu yang kerdil ini serasanya tidak layak aku menghuni syurgaMu, namun tidak juga aku mahu terjun ke nerakaMu. Bimbinglah kami ya Allah ke jalanMu yang lurus, jalan yang Engkau redhai dan bukan jalan yang Engkau murkai. Cekalkanlah hati kami ya Allah, kuatkanlah semangat kami ya Allah, tetapkanlah iman kami ya Allah...sesunguhnya akulah insan yang penuh dosa dan ampunilah dosa-dosa kami ya Allah dan terimalah taubat kami ya Allah.
Terlalu berat rasanya bebanan yang dipikul ini dan sesungguhnya tiadalah Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau ya Allah dan nabi Muhammad itu sesungguhnya pesuruh Engkau, dan kepadamulah yang aku sembah dan meminta pertolongan. Keluarkanlah aku dari belengu yang memenjarakan ini dan berilah aku peluang memperkbaiki lagi diriku yang terlalu tidak sempurna ini, agar aku dapat menjadi seorang hambaMu ya ng lebih baik dan bertaqwa.
Dengarkanlah rayuan dan permohonan hambaMu yang dhaif lagi hina ini ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, dan perkenankanlah. Allahum maajirna minannar3. Rabbana aatina fiddunnya hasanah, wafil'ahirotihasannah, waqinaa'azaabannar....Amin
Tuesday, December 7, 2010
Anxiety










