Monday, September 29, 2008

dibuai mimpi semalam

dah dua hari aku tak menjenguk blog aku, sebab drumah ayahbonda takde internet, manalah pandai warga emas tu nak guna internet, jadi miss la aku nak membebel kat sini.

di kampung aku terjumpa album album lama yang masih menyimpan gegambo aku semasa muda...(dah tua skang nih)...sronok lak menenguknyer...banyak gambar masa aku skolah s.a.b.s (sultan abu bakar school) di kuantan dulu, kegiatan seni aku, muka diaorang aku ingat tapi sesetengahnya aku dah x ingat nama, al maklum lah sign of aging, ataupun aku ni dari muda selalu sangat dibius untuk c-sec, d&c, lap & dye dan entah apa lagi. kata doktor, kalau slalu sangat kena bius, ia effect ingatan kita...betui lah agaknyer, sebab aku mudah sangat lupa...dan suffer fuzzy thinking.

dalam pada itu aku terjumpa lak puisi salah seorang dari jejaka yang jatuh cinta dengan aku (ramai benor yang jatuh cinta ngan aku, tapi aku tak pernah lak jatuh cinta dengan diaorg,) entahlah. nama pena aku marijin. aku pernah buka cafe atas nama marijin, dan kakak aku buka bisnes atas nama marijin sdn bhd ( dia tutup dah), nape aku tak tau. dan tandatangan aku hingga sekarang ni masih lagi marigin...(tapi aku tukar j kepada g).

datang lak sedihnyer bila mengingatkan betapa bodohnyer aku memusnahkan kesemua puisi2 yang ditulis oleh mereka, termasuklah pyan habib, yassin salleh dan allahyarham mustafa nor...itu semua aku lakukan semasa aku benar2 frust dok d London dan merindui aktiviti aku....dalam kekecewaan dan kerinduan yang amat sangat ditahun kedua aku disana, aku melakukan sesuatu yang teramat drastik, membakar kesemuanya, kerana aku memikirkan yang aku takkan dapat lagi mengecapi itu semua....dan kehadiran catatan2 itu amat menyakitkan aku...dan setelah dua puluh tahun, aku menyesalinya yang teramat sangat.

dan bila aku menjumpai puisi azmi kadir dirumah ayahbondaku, aku terlena dibuai mimpi semalam. dalam blog aku esuk aku tuliskan puisi2 yang diberi nama marijin (i), marijin (ii) dan marijin (iii)yang aku jumpa

jumpa lagi.

No comments: