dengan dharma seorang lelaki yang rakuskan
buahnya yang ranum dan memulakan satu kewujudan yang
begini lain ertinya, siapakah yang benar-benar tau
antara kesetiaan, kecintaan dan keinginan-keinginan
yang cukup payah ditafsirkan, sedang akulah kerakusan
itu, tanpa sebarang pengakuan yang lebih sempurna
darinya................semata kerakusan
kutemui dia pada nyata dan kutemui segalanya pada
ilusi, sedang akulah ilusi itu, akulah segala-galanya
menjadi terlalu bosan mencari seperti telah diketahui
bahawa apa yang bakal ditemui bukanlah yang ditemui
lalu berkhayal telah menemuinya, segala-galanya-
lelaki tua yang bermenung mencari wajahnya, merindui
kapal yang meninggalkan pelabuhan dan menuntut diriku
agar meyakini bahawa setiap yang pergi akan pasti
kembali....menemuiku, kerana akulah segala-galanya
pelabuhan, pemergian dan pengembalian, kehidupan tidak
mempunyai ruang dan waktu
bermula dengan setiap huruf yang membentuk menjadi
tandatanya, dan tidak berakhir dengan apa-apa sedang
kealpaan telah mengajar aku untuk mencarinya dalam
ruang dan waktu, yang sebenarnya tiada- lalu akulah
yang melupakan segala pesan yang telah aku janjikan
untuk kusampaikan kepada teman-teman sedang kita terus
berada dimana-mana, mabuk dan lupa dimana-mana
akulah yang gagal menafsir erti rindunya, lalu
kita sama-sama menjadi pemabuk yang merintih kesangsian
lorong lorong kota dan kesepian kampung halaman
membawa pulang bayang-bayang yang bakal kutiduri
dalam kealpaannya - melahirkan mimpi-mimpi yang
mengganggui kesucian mereka, dan membisikkan
pengalaman-pengalaman dihari muda
dan nanti bila kau mengerti , sahabat
akulah itu yang kau temui.......
Soleil